Ahad, 3 November 2013

Aku bukan seorang pendakwah...

     Aku bukanlah seorang yang baik. Tapi aku yakin, manusia yang paling jahat di dunia ini, jauh di lubuk hatinya teringin nak menikmati kelazatan dan keindahan syurga. Termasuklah diri ku yang sering bergelumang dengan dosa dan kemungkaran.

     Aku yakin, jika dibandingkan diri ku dengan para pembaca blog ku ini, saudara-saudari pembaca blog adalah seorang yang jauh lebih baik dari diri ku. Coretan yang aku persembahkan di dalam blog ku ini hanyalah segelintir pengalaman ku untuk menebus kesalahan-kesalahan masa lalu sewaktu dosa dan kemungkaran menjadi hiasan hidup ku.




     

Sabtu, 11 Mei 2013

Tips bangun solat Subuh


Assalamualaikum,(please jawab...)

     Insyaallah pada penceritaan kali ini, saya akan menceritakan beberapa tips untuk bangun pada waktu Subuh. Kita sering kali susah nak bangun solat subuh, itu boleh terima lagi. Yang lagi dahsyat tak bangun langsung.ish...ish...ish... Ini yang menakutkan kita semua sebab sebelum ni Haziq pernah dengar jika kita tertinggal solat fardhu, tak kiralah subuh ke.. Zohor ke... Semua tu kalau kita solat maka kafirlah kita.

     Berpagi-pagian di awal pagi merupakan amalan salafusoleh dan orang-orang mukmin sejak zaman berzaman. Malah, terdapat suatu rahsia serta kekuatan yang luar biasa bagi mereka-mereka yang membiasakan diri bangun awal di pagi hari.
Mereka adalah insan-insan yang terpilih yang bangun awal sebelum Subuh dan mereka melaksanakan solat Subuh setiap hari ikhlas kerana Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“ Dan dirikanlah pula solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh malaikat.”
(Surah al-Isra 17 : 78)
Kali ini, saya nak kongsikan tips bagaimana untuk bangun awal sebelum Subuh. Tips ini bukanlah sekadar untuk dihebah-hebahkan atau diwar-warkan semata-mata, tetapi untuk digerakan, diamalkan dan dilaksanakan oleh kita semua.
  1. Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Setting diminda, bahawa kita ingin bangun awal keesokan harinya. Lebih baik sekiranya kita katakan secara terperinci tentang masa yang ingin kita bangun. Contoh : “ Esok saya akan bangun pada jam 5.30 pagi.”
  2. Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna mungkin.
  3. Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. Sebaiknya, solat sunat Taubat. Cantiknya, sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT.
  4. Gunakan alat  bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Mohon bantuan ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada. Di samping itu, setkan jam loceng atau alarm telefon kita berhampiran dengan kita.
  5. Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.
  6. Bacakan doa sebelum tidur dan bacaan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas.Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.
  7. Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan memuja Allah SWT. Alhamdulillah, Alhamdulilah, Alhamdulillah.
  8. Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat awal, ia seperti sukar. Lama kelamaan ia akan berputik di hati. Kita akan biasa dengan amalan ini jika ia dilakukan terus-menerus tanpa putus asa.
  9. Jika berjaya, syabas saya ucapkan. Sekarang cabarannya ialah untuk mengekalkan amalan ini dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Jadi bagaimana?
  10. Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini. Hasrat dan harapan kita hanya satu agar Allah SWT sayang dan redha kepada kita.
Justeru, bilakah kita akan mulakan tips ini?
Saranan saya, kita lakukan segera tanpa bertangguh. Esok pagi, adalah pagi yang terbaik untuk kita. Kerana apa? Kita mampu bangun awal sebelum Subuh, bersiap siaga untuk solat Subuh berjemaah, menghiasinya dengan bacaan Al-Quran, berdoa, berzikir dan terus berfikir untuk masa hadapan kita di akhirat.
haziq.
Berjuang bersungguh-sungguh untuk bangun awal sebelum Subuh.
Senang je.